Monday, October 27

kejadian komuter...

Assalamualaikum...

Berhenti sebentar semasa sedang membaca nota kuliah geostruktur. 8 hari sebelum exam. Roomateku balik kerumah agaknya. Sejak tadi tidak kelihatan. Bungkam.. terlalu sukar untuk difahami. Inilah akibatnya kalau jarang kekelas. Baru kusedar betapa pentingnya untuk hadir kekuliah walaupun ilmu yang diperoleh tidak sebanyak mana. Jadi aku mengambil keputusan untuk mencoret sesuatu disini, meneruskan catatan2 hidupku...

Hari sabtu yang lepas aku pulang kerumah. Sudah lama tidak mencim tangan ibu tersayang. Lagipun minggu ini saudaraku dari perak datang. Setiap hari ayah menelefonku bertanya bila aku akan pulang. Minta maaf keluargaku, anakmu ini memang payah untuk balik kerumah..(",)

Seperti biasa aku menggunakan pengangkutan awam-ktm komuter untuk pulang kerumah dan seperti biasa juga petang itu stesen kl sentral dipenuhi dengan manusia-manusia yang ada tujuan perjalanan sendiri. Disini aku coretkan pengalamanku untuk kita sama renungi. Mungkin post kali ini panjang sedikit. Harap sahabat-sahabat sudi membacanya..(",)

Sesak.. Perkataan paling sesuai. Dari segi fizikal, mental dan jiwa. Bermula dengan sewaktu aku mula memasuki tren penumpang berasak-asak, menolak dibelakangku tanpa menunggu penumpang dari tren keluar dahulu. Sampaikan ada kaum wanita yang tersangkut dipintu tren. Aku mula berfikir, kemana hilangnya nilai-nilai moral dalam masyarakat kita pada zaman ini. Islam sendiri menyuruh kita supaya melindungi kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak. mat-mat indon dibelakangku sudah mula menolak ak supaya masuk kedalam tern. Tapi ak tetap dengan pendirianku membiarkan wanita itu keluar dahulu. Manusia zaman sekarang....

Masuk kedalam tren aku terasa seperti ditanah asing dibumi sendiri. aku dikelilingi oleh mat thailand, mat indon, mat myanmar, mat nepal dan berbagai-bagai jenis mat lagi. Aku dimalaysiakah sekarang?? Kemana menghilang anak-anak, saudara bangsaku sendiri? Oh.. Terpampang didada akhbar rupanya. Rompak, rogol, rempit, dadah, video lucah, masalah akhlak. Disana mereka rupanya. Sedih aku memikirkannya. Kalaulah mereka berfikiran seperti warga asing ini, kuat bekerja menyara keluarga. Kalau mereka berfikiran begitu mungkin mereka tidak terpampang didada akhbar. Mungkin juga negara kita tidak perlu menjemput mat-mat ini kenegara kita.

Sesak... Melihat adik-adik bangsaku didalam tren itu.. Berpasang-pasangan. Pakaian yang sudah hilang nilai islam dan melayunya. Bergaul bebas satu sama lain... Fesyen rambut lelakinya sikat tepi, tebal didepan. Perempuan pula dengan teknik rebonding tak cukup bajunya. Semuanya dalam belasan tahun. Sekolah lagi barangkali. Sekali lagi aku terfikirkan anak bangsaku. Terlalu banyak pengaruh luar meresap kedalam minda adik-adik ku... Insiden tolak-menolak berlaku distesen bank negara. Aku beristighfar dalam hati. Manusia....

Seorang wanita dan ibunya masuk kedalam komuter. kasihan aku melihat ibu ini. sudah bertolak-tolak tadi, tak dapat tempat duduk pula. Malangnya tiada seorang insan bergelar manusia yang sudi menghulurkan bantuan, memberi tempat duduk kepada ibu itu. Pantang sahaja ada tempat kosong, mat-mat indon tadi terus berkejar mengisinya. Maafkan aku wahai si ibu. Jikalau aku sedang duduk pasti akan kuberikan kepadamu. Sampai di stesen Sungai Buloh penumpang mula berkurangan. Satu tempat kosong aku pastikan tiada siapa yang mengambilnya. Dengan pantas aku meminta ibu tadi duduk. Ibu itu berkata "xpe lah.." Seorang wanita india bertegas meminta ibu itu supaya duduk. Akhirnya si ibu mengalah. Akhirnya kedua beranak itu dapat duduk. Senang hati aku melihatnya. Mana perginya pengetahuan agama dan moral kamu anak-anak bangsaku? Masing-masing mementingkan diri sendiri. Bukan mengatakan diriku ini baik, tapi sampaikah hati kita jika yang berdiri, bertolak-tolak tadi adalah ibu kita sendiri? Sesak....

Sekadar itu sahaja coretanku kali ini. Renungkanlah. apa yang akan terjadi pada negara ini 10 tahun akan datang.. Maafkanku jika coretan ini membosankan kamu.. Aku rasa aku perlu menyambung pembacaan nota geostrukturku kembali. Hari sudah terlalu lewat. wassalam...

p/s: Tertarik dengan gaya penulisan Fairuz Sallehuddin. Tiba-tiba aku tertarik untuk menulis sepertinya. Lagipun bila lagi kita nak pertahankan kedaulatan bahasa kita. Telah terlalu banyak dicemari...(",)

No comments:

Post a Comment

bubblED BY..