Tuesday, November 11

4 berakhir... 3 lagi....

Assalamualaikum..

Al-hamdulillah.... 4 daripada 7 kertas peperiksaan ku baru saja aku lepasi. kebanyakkannya agak sukar tapi aku tempuhi jua. terima kasih kuucapkan pada keluarga yang tidak jemu-jemu menelefonku setiap hari, bertanyakan perkembanganku. Jawapannya tetap seperti biasa... bolehlah.. bukan tidak mahu berterus terang, aku cuma tidak mahu mereka risaukan keadaanku disini. Hari-hariku berlalu seperti biasa. tidur lewat malam mengulang kaji. Maklum sahaja dikatakan namanya belajar diminit-minit terakhir. Nampaknya peperiksaan kali juga mengajar aku untuk lebih bersedia sebelum peperiksaan. Betapa pentingnya untuk pergi kekelas, mengulang kaji pelajaran lebih awal, menyiapkan tutorial dan pelbagai lagi ilmu yang sepatutnya aku amalkan.

Bagaimana agaknya semester hadapan??? dengan projek yang banyak harus dilaksanakan. mampukah aku melaksanakan semua azam baru aku itu?

No comments:

Post a Comment

bubblED BY..