Thursday, April 14

Aku, IniAnwarHadi dan Matluthfi

Assalamualaikum...

Siapakah IniAnwarHadi? Siapakah Matluthfi90? Adakah mereka rakan-rakan "Mukabuku" aku? Adakah mereka pembaca setia blog aku yang ade beribu-ribu "followers" ni? (sambil letak tangan kedada, mata pandang keatas, jelirkan lidah
sikit). Bagi mereka yang belum kenal siapa mereka, mereka adalah antara anak-anak Malaysia yang berjaya menempa nama dalam bidang "V-logging" atau "video logging". Kalau korang nak tau, video Selamat Hari Ibu versi Kedah yang ada lagu Hujan tu hasil karya Mat Luthfi. Lebih Kurang sama dengan blog, cuma hasil intepretasi diri mereka dihasilkan melalui video dan akan di muat naik dalam laman sesawang YouTube. Siapa kata buat video macam ni tak popular. Malah, ada bakat-bakat terpendam macam Yuna dan Ana Rafali ditemui dalam Youtube. Contoh terbaik yang aku boleh beri ialah Cikgu Shida. Hasil usaha hebat beliau, hampir semua rancangan temu bual nak menemuramah beliau. Sampai rancangan Siti tu pun ade panggil Cikgu Shida ni. Aku rasa dialah pembuat V-log terbaik kat Malaysia ni (sambil letak tangan kedada, mata pandang keatas, jelirkan lidah sekali lagi).


Agak-agaknya muka-muka ni boleh jadi artis paling popular tak tahun hadapan?


Ok, sebenarnya post aku hari ni bukan pasal "V-log", tapi pasal keghairahan manusia. Bukan apa, aku tengok lepas sahaja mereka-mereka seperti Anwar Hadi dan Mat Luthfi ni menjadi popular, banyak pulak "V-log" yang dihasilkan oleh anak muda tempatan. Pertamanya aku nak pujilah usaha mereka kerana berani mencuba sesuatu yang baru tanpa mengira pandangan, pujian atau kutukan mereka yang hebat seperti pengkritik Akademi Fantasia. Tapi tolonglah, jangan buat sesuatu kerana obses dengan perkara itu.



Husen Singapore: Kome dah tengok video Anwar Hadi yang baru tak?
Usop Wilcha: Semalam lagi awok dah nengok. Awok tak berkenan la nengok background warna koko tu. Awok nak kaler pink. Ape kate kite bako je.

Abi Hurairah: Ate teman pun minat juge kat Anwar Hadi tu. Moh kite wat macam Anwar Hadi tu nak?



Maka Husen, Usop, Abi dan berpuluh lagi peminat-peminat lain pun mula lah projek masing-masing. Video pertama bolehlah, walaupun kualiti tak sebagus mereka-mereka yang berpengalaman tapi satu percubaan yang baik lah. Tapi lama kelamaan, bila dah tiada idea nak diperah, bila malas datang menimpa, bersawang lah semua hasil-hasil kerja itu. Hasil-hasil pun dah jadi tak berkualiti. Bak kata pepatah, "Hot-hot Chicken S**t" (buruk bebenor bunyi omputehnye. Memang peribahasa lagi sedap kalau pakai Bahasa Ibunda, Hangat-hangat Tahi Ayam). Orang nak ade Twitter, kau pun nak ikut, orang ade Formspring, kau nak mencelah. Mengikuti perkembangan teknologi. lah katakan. Akhirnya satu hapah pun tak terjaga. Benda ni bukan terikat kat ruang litup teknologi sahaja, yang lain-lain jugalah. Orang ada kapal terbang kawalan jauh kau pun nak ada sama. Orang nak ternak lembu, kau pun nak ternak juga. Orang buat banggunan tinggi-tinggi, kau pun nak ikut serta (Oooppppsss..... Hehehe...).

Aku kat sini bukanlah nak kutuk apa yang korang lakukan. Korang punya minat, korang punya duit, suka hati korang lah kan. Apa yang perlu diambil iktibar kat sini ialah, walau apa pun yang korang buat, buatlah ianya dengan ikhlas, bukan sebab terikut-ikut dan apabila korang dah buat sesuatu tu, teruskan dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh. Biar apa yang kita buat itu sikit, tapi berkualiti. Kalau dah berkualiti, baru orang hargai. Bila orang hargai, baru boleh diiktiraf dan dikenang. Dari situlah nanti kau akan membina karektor dan menempa nama. Kalau ada peminat, dah ada bonus percuma. Jangan jadi lalang yang ikut sahaja kemana angin meniup. Tapi kalau akar tak seteguh kelapa, pasti kan tumbang menyembah bumi.

Daripada aku membebel tak tentu hala baik aku berhenti dululah. Solat Subuh, tunaikan kewajipan agama. Nanti-nanti aku tulis lagi kalau ada luahan hati. Semoga berjumpa lagi.









- Cakap orang, kau pun sama. Dah tak terjaga last-last kau tutup akaun Friendster dengan Myspace kau. Hahaha....
- Cuba untuk berdisplin dalam penulisan blog. Kalau Boleh aku nak buat 2 minggu satu entri. Tak ada lah nanti cakap tak serupa bikin kan?
- Bagi sesiapa yang belum tengok video diorang, boleh la tengok la kt Youtube. IniAnwarHadi ngan Matluthfi90. Best woooo.....


2 comments:

  1. bagi aku ah kan.

    mat luthfi terbaik.

    anwar hadi biasa je. maybe bagus sebab english dia terbaik.

    cikgu shida?---naaaa. dia annoying ah!
    dia pendidik. pendidik supposely someone yang boleh kita jadikan guide.yang boleh dijadikan contoh. tapi ak tak tolak ah dia juga manusia. tapi dia pendidik kot. aku tak gemar.

    ReplyDelete
  2. Setuju... Aku pun rasa Mat Luthfi lagi terbaik dari Anwar Hadi. Tapi tak dinafikan dua-dua pun best. Ada satu lagi Maria Elena, tapi aku tak berapa minat.

    Anwar Hadi tu study TESL. No wonder english die fluent gile. Siap leh wat australia, british ngan american accent lagi.

    Saje je nak popularkan Cikgu Shida. Bak kata aku dia kan pembuat V-log terbaik Malaysia (Sambil letak tangan kedada, mata pandang keatas, jelirkan lidah sket).

    ReplyDelete

bubblED BY..