Ok2... Sori sebab lama sangat tak update. tak ada perkara yang menarik untuk diceritakan... Cuma nak berkongsi pengalaman tiga minggu yang memeritkan ni. Hari-hari yang telah meragut kebahagiaan cutiku. Fieldwork geologi di serata Malaysia dan Annual camp PALAPES di Felda Sungai Tengi Selatan. Apa-apa pun.... Enjoy!!!
Fieldwork geologi... 2 minggu.. Kami begerak dari Gerik di Perak sampai la ke Mentakab, Pahang. Beratus-ratus ringgit dihabiskan. Minggu pertama subjek geologi ekonomi bersama Dr. Ng Tham Fatt dan Dr. Teh Guan Hoe. 1 pengalaman baru bagiku, melihat bagaimana timah, amang dan emas diproses. Merasai sendiri beratnya seketul jongkong emas (nasib baik tak boleh bawa balik ke UM. hehehe...). Macam-macam perkara berlaku. Kene sound dengan Dr. Teh sebab buat pertukaran bilik sesuka hati (hahaha.. this is funny). Dapat tengok macam mana proses blasting dilakukan (tak ada la seganas mana pun..). Yang sakitnya, duit banyak habis dekat makanan dan penginapan. Itu belum kira pergi CC tiap-tiap hari. Tournament CS setiap malam. Mana-mana tempat persinggahan mesti itu yang dicari dulu.
Fieldwork minggu kedua bersama Dr. a.k.a Abang Iskandar Taib (peminat anime.. hahaha...) Tak semenarik fieldwork minggu pertama. Subjek sedimentologi. Hari Raya Korban kami dihiasi dengan aktiviti "Logging". Siap ada kemalangan lagi. Nasib baik semuanya selamat. Sebuah Kereta Proton hilang kawalan dan merempuh tembok tempat kami berdiri. Syukurlah tiada kemalangan jiwa berlaku. Ada diantara kami yang trauma, kereta itu merempuh tembok betul-betul dihadapan mereka. Mungkin itu sahaja yang menarik untuk fieldwork minggu kedua. Yang lainnya... MEMBOSANKAN!!!!
bergambar di Rahman Hydraulic Tin Mines
ANNUAL CAMP PALAPES SUNGAI TENGI, EX WIRA PENGGEMPUR II 08.
Pengalaman terbaik bagiku sepanjang tahun ini. Walaupun amat meletihkan. Mara 23 Kilometer, korek kubu paras dada ketika panas terik mentari. Bukannya korek tanah tapi korek batu!! Kena ketuk kepala, sepak terajang dari Kapten Peter rutin harian bagi kami semua. Bangun seawal 4 pagi, tidur lewat 1-2 pagi. Makan nasi berlaukkan tanah dan rumput. Melecet sana sini. Walau macam mana teruk pun penderitaannya, aku rasa inilah pengalaman paling indah bagi aku tahun ini. Tidur malam berlantaikan tanah, berbumbungkan langit, ditemani bintang-bintang cerah diangkasa. Berguling sama-sama, rendam dalam sungai sama-sama.
Kadang-kadang aku berasa amat bersyukur dipertemukan dengan komuniti PALAPES ini. Dimana tiada perbezaan darjat disini. Susah sama susah, senang sama senang. Semuanya sama disisi orang lain. Tiada yang bijak, tiada yang bodoh. Ragam yang pelbagai, kepala semuanya lebih kurang sama, kena belasah pun kami boleh tersenyum sama-sama. Ada rakan kami dibelasah, kami menangis sama-sama. mengenangkan sudah separuh perjalanan kami dalam PALAPES ini, semoga kami dapat bertahan sehingga ke hari pentauliahan nanti. Dimana kami sama-sama bergelar seorang Leftenan Muda. InsyaALLAH.....
No comments:
Post a Comment
bubblED BY..