Tuesday, August 24

Apa Itu Kajibumi?

Assalamualaikum...

Ya apa khabar wahai manusia-manusia dimuka bumi? Pada mereka yang masih belum mencelikkan mata, masa sekarang menunjukkan pukul 1037H, selasa, 24 Ogos 2010 waktu negara Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya.


Hari itu saya menonton cerita Volcano di saluran 103 Astro, cerita bagaimana tiba-tiba sahaja, ada gunung berapi yang salah makan, memuntahkan lavanya di tengah bandar Amerika sana. Kelam kabut la mereka mencari jalan untuk redakan situasi itu sebelum beribu nyawa terkorban. Pada yang belum menonton, sila muat turun dimana-mana laman muat turun yang berdekatan kerana ini bukan post tentang review filem ya!

Macam mereka tahu neraka itu bagaimana panasnya

Maka saya pun terbaca komen Kak Kin didinding muka buku, "baru aku tau apa kerja kau eji!".Sama la apa yang ditulis kerana saya cuma kopi dan pasta ayat dia.

Jadi pada yang belum tahu apa itu geologi atau kajibumi, saya dengan senang hati ingin membongkar misteri yang merungkai fikiran anda-anda semua. Geologi ialah satu ilmu sains dimana para ahli geologi akan mengkaji dan memahami tentang perkara fizikal yang berlaku pada bumi kita ini. Dengan kata lain, boleh dikategorikan sebagai doktor bumi la. Kami akan merekod apa yang kami perhatikan sekarang di bumi dan menganalisisnya untuk pelbagai kegunaan. Macam-macam ilmu yang kami pelajari berkaitan bumi seperti sungai, laut, gunung berapi, batuan, mineral.... bla... bla... bla.... ZzZzZzZ...........

Dri prospek kerjaya, kerja paling menguntungkan bagi seorang ahli geologi adalah menjadi seorang yang terlibat dalam proses carigali, tidak kira dalam sektor petroleum atau perlombongan. Selain itu, kami juga terlibat dalam penentuan kestabilan tanah sebelum sesuatu projek dapat dibangunkan. Seperti saintis-saintis lain juga, kami banyak melakukan penyelidikan, tetapi lebih tertumpu kepada subjek bumi selain banyak lagi bidang yang boleh kami ceburi asalkan ianya berkaitan dengan bumi. Tetapi, kami juga boleh menjadi tentera, guru, penternak berjaya, dan juga penanam anggur mengikut profesyen yang diminati.


Apa yang pakcik ini buat agaknya?



Maka itu sahaja rasanya bebelan untuk pagi ini yang tamat pada 1103H. Jika berminat, anda boleh layari mana-mana laman sawang yang menyiarkan info tentang geologi ya. Itu sahaja untuk kali ini.




Bumi kita, cantikkan?







'Masa sekarang adalah kunci kepada masa lampau' - James Hutton, bapa geologi moden.

4 comments:

  1. Salam...mcm i ni tgh tggu result spm..so utk ambil course geology dkt u nnt mcm mne ek..i kne msk matrikulasi dulu ke..and if i nk straight masuk U,ade x asasi utk geology??n kalau diploma nk kne buat ape ek ?? Thanks :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam...

    Kalau nak amik course geology, boleh mule samade dari matrikulasi / pra-u / diploma. x kisah mane2 jalan pun yg penting kene score dulu and mase nak wat pemilihan tuk kursus ijazah baru ade pilihan tuk geologi. buat mase sekarang xde lagi diploma dalam geologi. ataupun boleh try cek kt utp ade x pra-u tuk geologi ataupun geosains. 5 taun lepas xde lagi tp x silap skrg da ade. kalau diploma amik diploma sains. matrikulasi dan pra u amik sains fizik.

    ReplyDelete
  3. salam,,, seronok tak kerja dalam bidang geologi?? coz saya nak ambik bidang geologi kat utp,,masih terfikir2 lagi

    ReplyDelete
  4. salam, nak tanya.. geologist perempuan ada tak dalam bidang ni? dan agak2 nya ada masalah tak kalau perempuan kerja dalam bidang ni? saya berminat untuk jadi geologist sejak kecil lagi.. tapi agak gusar juga sebab kalau perempuan ambil bidang ni nampak mcm tak digalakkan :(

    ReplyDelete

bubblED BY..