Assalamualaikum....
Bermula satu ceritera. Pertarungan paling hebat dalam dunia. Lebih hebat dari game Arsenal lawan Colombia. Lebih menarik dari pertarungan arnab dengan kura-kura. Bila cik caru dan aku bertarung di pentas dapur. Temanya: Spegeti....
Owh3!! Jangan ingat lelaki hanya tahu makan sahaja okeh! Walaupun pengalaman baru panjang sejengkal, kuali besar boleh kuduga. Menggunakan resepi terhebat zaman dahulu kala (carik kt internet je pun), aku pun mula la mencari ramuan rahsia di pasar yang setiap masa beraya berdekatan rumah aku. Jadi aku pun mengumpul la bahan-bahan rahsia seperti berikut:
1 tin pes tomato
1 tin cendawan butang
1 peket spegeti
1 peket daging kisar
1 biji tomato
1 botol sos tomato
Bawang, cili dan garam secukup rasa
Jadi kepada anak-anak dara yang baru belajar nak memasak boleh belajar dari aku ya. Termasuk juga anak yang tiada dara tapi masih tak reti menukar gas didapur ya. Perkara pertama ialah mencelur spegeti. Akak-akak kt kaca tv tu boleh lihat ya, kita cuma gunakan air panas ya, celur sehingga lembut dan toskan, letak minyak sikit untuk mengelakkan spegeti dari melekat. Nanti makcik-makcik yang tiada gigi susah nak makan pula.
Cara-cara membut kuah spegeti. Mula-mula panaskan minyak atas kuali. Pada yang baru belajar memasak kuantiti minyak tu dalam 3 sudu besar pun sudah mencukupi. Tumis bawang dan cili hingga naik bau dan warna. Yang nak pedas boleh guna cili api. Kemudian masukkan daging kisar sebanyak separuh peket, Agak-agak daging itu sudah cukup digoreng, masukkan pula pes tomato itu tadi sebanyak setengah tin. Agak-agak nampak pekat tu bolehlah tambah air. Lagi bagus kalau masuk air daging atau air tos spegeti tadi. Dah lama sikit baru la masukkan tomato yang dipotong halus dan cendawan butang yang dipotong empat. Kalau anda rasa tidak menarik, potonglah cendawan dan tomato tu sekreatif yang mungkin. Mana tahu ada yang berminat cendawan berbentuk cinta, jangan segan silu untuk mencuba ya. Jadi akhir sekali bolehlah letak garam sesedap rasa. Kalau nak nampak pekat dan perasa boleh tambah sos tomato juga sesedap jiwa. Agak-agak puas hati boleh tutupkan api. Tutup api disini bukan tutup pakai kain ya, pusing la tombol minyak kat dapur tu.
Jadi setelah menjemput jiran tetangga dan sahabat handai serta membuat hebahan di televisyen dan radio, spegeti tadi bolehlah dihidang untuk sesi makan dan kenyang. Boleh jugak kalo nak letak daun pudina sebagai penambah lawa. Sebelum terlupa hidangan tadi untuk empat orang ya.
Spegeti nukilan saya
Maka dengan semangat tidak mahu mengalah cik caru pun melaksanakan strategi terbaik tuk mengalahkan aku. Kawan-kawan yang merasa kata dia punya sedap. Rahsianya: kena tanya dia. Aku tahu dah. Hehehehe.....
Yang ni cik caru punya
Jadi kepada anda semua sila-silalah berani pegang sudip dan kuali untuk mencuba ya. Sekian rancangan memasak bersama Cik Kiah, jumpa lagi minggu hadapan!!
ahahhaah mmg klhpon ok..mmg cik caru punyer nmpk lg sedap..hehehe pr rhsia??bgtaw aaa
ReplyDeletetanye la cik caru sendiri..;)
ReplyDeletewoi..
ReplyDeletestyle ah..
atleast bley ah tuh wat makan..
I like :)
keryoki - balik kampung ni boleh cuba tuk ibu ayah tercinta..:)
ReplyDelete