Assalamualaikum....
Sekarang dengan tak rasminya aku bergelar graduan Universiti Mahal Malaya. Walaupun ada masalah pengraduasian (bila nak selesai entah), aku dengan rasminya tidak lagi menghadiri kelas-kelas dekat universiti. Melangkah ke alam pekerjaan, matlamat utama adalah dengan mencari pekerjaan yang sesuai dengan keputusan yang aku ada. Selama dua minggu asyik berperang dengan diri samada nak teruskan pengajian atau berhenti, aku pilih aku mahu digraduasikan.
Maha sukar rupanya mencari pekerjaan zaman sekarang. Lagi-lagi bila kursusku kurang menawarkan peluang pekerjaan untuk graduan segar. Semua memerlukan pengalaman, bila agaknya dia nak ambil graduan-graduan segar macam aku ni. Kalau nak pun, purata nilai gred kumulatif anda hendaklah tiga perpuluhan sifar dan keatas. Sedih pun ada, risau pun ada. Adakah pekerjaan untukku nanti? Sekarang aku tengah cari mana-mana lubang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan diriku. Adalah dipanggil satu dua temuduga, namun mungkin jawapan yang aku berikan tidak cukup meyakinkan si penemuduga itu untuk mengambil aku berkhidmat. Mungkin juga mereka sudah ada calon yang lebih sesuai dan aku cuma sebagai ikhtihar terakhir.
Buat masa ni aku cuba minta mana-mana kerja sambilan dahulu. Daripada tidur terlentang tonton televisyen dirumah, ada juga sumber rezeki yang aku boleh beri pada ibu-bapa. Tapi… Siapa yang tak mahu bekerja dalam bidang yang dipelajarinya (walaupun kadang-kadang tak faham lansung apa yang dipelajari). Hidup perlu diteruskan, walaupun kita tahu ianya sukar. Kesusahan mendewasakan kita, mengajar kita bukan senang nak senang. Bukan susah juga nak susah. Jadi ambil iktibar dari apa yang berlaku dan terus pacu dirimu kehadapan….
No comments:
Post a Comment
bubblED BY..