Friday, November 26

Mari Terbang Bersamaku

Assalamualaikum...

Senyap tidak bermakna bisu, tidak bermakna hilang, tidak bermakna lupa. Mungkin tiada berita untuk dikongsi, tiada pendapat untuk diluahkan, tiada angan-angan untuk dikongsi. Yang pasti blog ini belum mati. Mungkin belum sampai masanya lagi.


Korang pernah bercita-cita? Kalau waktu kecil, mesti cita-cita kita cukup klise. Bila ditanya "Abu dah besar nanti nak jadi apa? "Saya nak jadi doktor mak, nanti saya nak ubat mak, mak selalu sakit-sakit". Sejuk perut si ibu menden
garnya. "Saya nak jadi polis, nak tangkap orang jahat". Bangga hati hati ayah mendengarnya. Tapi tak semuanya mendapat restu. "Saya nak jadi askar, macam atuk". "Kalau nak jadi askar baik tak payah sekolah tinggi-tinggi, belajar pandai-pandai tapi nak jadi askar".


Tapi realiti hidup tidak seindah impian. Semakin kita membesar, semakin terbuka pandangan dengan dunia luar. Cita-cita doktor kini bertukar menjadi pakar onkologi, cita-cita polis dulu kini berkembang menjadi pegawai forensik atau mung
kin cita-cita askar askar dulu kini mungkin menjadi seorang jurufoto. Minat, tahap pendidikan, rezeki, harapan orang tua dan berbagai lagi putaran hidup menyebabkan impian kanak-kanak mungkin kini hanya tinggal senyuman dibibir. Apa yang sebenarnya terjadi? Adakah kita telah patah semangat terhadap cita-cita sendiri? Hanyadiri sendiri boleh merungkai segalanya. Walau bagaimanapun, rezeki itu ditangan yang maha kuasa.Jika dikata jadi, maka jadilah ia. Bukan taraf kita untuk mempersoal takdir darinya. Apa guna mengeluh, diri sendiri yang telah memilih jalan itu. Mungkin, kita perlu lari dari norma kehidupan biasa untuk merasa puas dengan apa yang kita hajati. Tanya diri, tetapkan hati, kita bukan diusia bermain konda-kondi lagi. Kalau dulu kau fikir banyak masa lagi, kini kau rasa macam tak cukup masa yang diberi. Berkali-kali semangat ini kutanam dalam diri 'Walau Apa Berlaku, Hidup Mesti Terus'.





Pernahkah kau bercita-cita?



4 comments:

  1. masih ingat semalam cerita cita2 nak jadi polis?

    dasar budak2. polis pon dia tak tahu rupa macammana. tapi pasang niat mahu jadi.

    sarkastik sungguh!

    ReplyDelete
  2. agak2 kalau kita pakai baju askar dia nak jadi askar x? kadang2 kita terpengaruh dengan satu cita2 tanpa selidik dulu bagaimana kerjayanya. orang dewasa pun kadang2 berperangai macam budak 2 kan?

    ReplyDelete
  3. nanti aku try pakai depan dia. kita tgk apa dia nk jadi pulak.

    tapi kn. kita yg remaja ni pon masih terkontang-kanting tak tahu nk jadi apa. apatahlagi budak2 kan..

    ReplyDelete
  4. walau apa pun kerja kita nak wat.. pastikan bersungguh2... kalau dapat apa yang kita nak, tapi x bersungguh2.. x guna... walau susah pun, kita teruskan jugak. nanti kita lemah semangat dan bosan, mula fikir nak kerja lain pula... 2 yang jadi terkontang-kanting 2....

    ReplyDelete

bubblED BY..