Monday, November 17

exam da abis!!!!

exam da abis... seronoknya!!! alhamdulillah.. tamat sudah perjuangan setelah lebih kurang 2 minggu berhempas pulas. sekarang masanya untuk menikmati keseronokan setelah habis peperiksaan... syukran tamat sudah penderitaan ini...(",)

Sunday, November 16

renungan kita bersama......

Kalo korang dapat emel/frenster fwd/sms or pape je pasal tlg fwd kepada sesama Muslim,jika tidak anda akan mendapat bencana..abaikan..org bodo je gi fwd menda tu...

Perkara di bawah ini adalah menyalahi 'syara' dan HARAM disebarkan.

1. Mempercayai ada yang berkuasa selain Allah dalam memakbulkan hajat
kita adalah menyimpang daripada aqidah Islam yang murni berdasarkan firman
Allah: "..Hanya ALLAH tempat kita minta pertolongan."

2. Sememangnya kita disuruh berusaha TETAPI janganlah usaha itu
menyalahi syara' (hukum Allah). Cthnya: kita disuruh berusaha menghilangkan
dahaga TETAPI janganlah berusaha dengan cara minum arak. Kita disuruh berusaha
menghilangkan sakit TETAPI janganlah dengan cara menggunakan jin/
syaitan/jembalang. Kita disuruh berusaha mencarai rezeki TETAPI janganlah
mencuri @ merompak @ peras ugut. Demikianlah dalah perkara ini, kita disuruh
berusaha TETAPI bukan dengan cara MENSYIRIKKAN ALLAH.

3. Apa yang membimbangkan ialah kalimah "SEND THIS KALIMAT TO 12 NICE PERSONS AND YOUR FINANCIAL POSITION IMPROVES WITHIN 12 HRS 100% GERENTI.MEMANG
ANEH TAPI NYATA.. dah ada tuhan lain ke yang makbuLkan doa kita .suatu kalimah
yang membawa kepada fahaman 'khurafat' dan 'syirik'.

4. Oleh itu, sila hentikan 'kerja yang tidak berfaedah ini'. Jangan
menyebarkan fahaman yang salah lagi songsang ini.

5. Jika ada yang mempercayai kata-kata tersebut, "Siapa yang sanggup
menjawab di hadapan ALLAH Ta'ala".
Firman Allah :
"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati; semuanya akan ditanya tentang apa yang dilakukannnya."(Surah Al-Isra': 36)

6. Sebarkan ini kepada mereka yang saudara/saudari telah
hantar attachment di bawah atau saudara/saudara akan menjawabnya di hadapan
Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Sekian.
NOR RAIHAN BIN AZIZ
Imam BIMB
Jabatan Syariah.

Tuesday, November 11

4 berakhir... 3 lagi....

Assalamualaikum..

Al-hamdulillah.... 4 daripada 7 kertas peperiksaan ku baru saja aku lepasi. kebanyakkannya agak sukar tapi aku tempuhi jua. terima kasih kuucapkan pada keluarga yang tidak jemu-jemu menelefonku setiap hari, bertanyakan perkembanganku. Jawapannya tetap seperti biasa... bolehlah.. bukan tidak mahu berterus terang, aku cuma tidak mahu mereka risaukan keadaanku disini. Hari-hariku berlalu seperti biasa. tidur lewat malam mengulang kaji. Maklum sahaja dikatakan namanya belajar diminit-minit terakhir. Nampaknya peperiksaan kali juga mengajar aku untuk lebih bersedia sebelum peperiksaan. Betapa pentingnya untuk pergi kekelas, mengulang kaji pelajaran lebih awal, menyiapkan tutorial dan pelbagai lagi ilmu yang sepatutnya aku amalkan.

Bagaimana agaknya semester hadapan??? dengan projek yang banyak harus dilaksanakan. mampukah aku melaksanakan semua azam baru aku itu?

Saturday, November 1

bermulanya perjuangan

Assalamualaikum....

5 November 2008... tarikh keramat dimana sekali lagi aku diberi ujian selaku seorang mahasiswa Universiti Malaya. Harapan ibu bapa, cabaran pengetua kolej, maruah diri sendiri. Kesemuanya harus kupikul bermulanya dari tarikh tersebut. insyaALLAH... harap sahabat-sahabat sama-sama doakan kejayaan kita bersama.


Strive 4 excelent!!!!


5 november 2008, 1130H
geofizik

6 november 2008, 0830H
geologi struktur 1

8 november 2008, 1130H
mendapan mineral

11 november 2008, 0830H
sedimentologi kimia

13 november 2008, 1130H
petrologi igneous 1

15 november 2008, 1130H
geokimia 1

17 november 2008, 1130H
geologi marin

mengintai langit ~ coco

Setiap hari ku tulis
Yang ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan padamu

Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Terpanah tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jika ku tak padan dengan mu
Tapi ku berjanji
Kau juwita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maafkan aku yang terlanjur merindu
Di dalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku

Menyanyi dan bisikanlah sayang
Baik nyata dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapat ku lelapkan mata
Mengkhayalkan mu
Bermimpikan mu
Sepanjang malam ku