Showing posts with label diari harian. Show all posts
Showing posts with label diari harian. Show all posts

Friday, May 20

Berlepas ke laut lepas

Assalamualaikum...

Aku tau korang semua mesti tertunggu-tunggu entry dari aku kan? 3 minggu dah aku tak tulis apa-apa kat sini (poyo gila mamat ni, follower berapa kerat je bajet orang nak ternanti-nanti entry dari dia, hahaha..) Maaf!! Maaf!! 2 minggu lepas aku kerja, jadi maaflah kalau entry bulan ni agak lambat sikit.

Jadi entry kali ni aku nak bercerita pasal pengalaman bekerja kat pelantar minyak. Jadi untuk mengurangkan kebosanan membaca karangan, aku tulis nombor sahaja. Selamat membaca....:)

1. Pengalaman naik helikoter
Bising aku habaq ang, gegaq-gegaq tak boleh nak tido aku dalam heli tu. nasib baik dia bagi headphone tutup telinga. Sejam setengah dalam tu nak kematu bontot. Tapi soronok la mula-mula tu. Aku tengok cam mainan ja kereta dok lalu lalang kat bawah. Tapi sat ja la. Lepas tu tak nampak apa dah. Masa nak sampai kat pelantaq tu macam style ja heli tu dok pusing pelantaq 2-3 kali.. hahaha.... Aku ingat da sampai da bila heli 2 berkenti, rupa-rupanya heli tu dok main berhenti-berhenti macam bas rapid. Sampai pelantaq ketiga baru turun. Lenguh kaki nooo...

2. Makanan kat pelantar
Belah-belah makan ni den seronok nak cerito. Dio punyo lauk... Terbaik den nak koba. Ado makanan barat, ado makanan asia. Kalau makanan barat tu ekau boleh la jumpo chicken chop, lamb chop, segalo jenis chop la. Kalau makanan asia tu ekau boleh la jumpo sambal belacan, cencaluk dengan budu. Jangan kato duduk pelantar x boleh jumpo budu yo. Macam-macam ado kat sini. Siap ado mesen wat aiskrem lagi. Meggi pun ado. Memang ekau membosakan porut jo la.

3. Kerja kat pelantar
Hok ni pung menarik gok. Kek pelantar ni macam-macam orang la aku jumpo. Ado jadi pumpmang, ado jadi motormang, ado jadi shakermang . Ado mud engineer, ado MWD engineer, orang prancis pong ado. Hok paling best kali jadi driller. Aku tengok dio macang maing game pegang natang joystick tu korek-korek lobang. Silap tekang torhantuk paip gerudi tu kono orang bocor palo.. Makang nasik ikut waya nanti. Hahaha.... Hok rama kali sek-sek ganu ngan sarawak la. Seb baik aku blaja kek matrik pahang dulu, sek-sek kito la...

Jadi itulah serba sedikit pengalaman aku kat pelantar. Masa kali pertama pergi aku tak bawak kamera, maka tak ada lah gambar yang boleh jadi tatapan semua orang. Ari isnin minggu depan aku nak pergi lagi, jadi mungkin entry lepas ni aku boleh la tulis pulak pasal tempat-tempat kat pelantar ni beserta gambar sekali. Jadi sekian sahaja untuk kali ini, Majulah industri minyak dan gas untuk negara. Assalamualaikum.....













- Lagu tema aku kerja: Rindu Merindu oleh Fauziah Idris. Layan.... Ni semua Nabil punya pasal.

Saturday, January 15

Kerja oh kerja....


Assalamualaikum....

Sekarang dengan tak rasminya aku bergelar graduan Universiti Mahal Malaya. Walaupun ada masalah pengraduasian (bila nak selesai entah), aku dengan rasminya tidak lagi menghadiri kelas-kelas dekat universiti. Melangkah ke alam pekerjaan, matlamat utama adalah dengan mencari pekerjaan yang sesuai dengan keputusan yang aku ada. Selama dua minggu asyik berperang dengan diri samada nak teruskan pengajian atau berhenti, aku pilih aku mahu digraduasikan.



Maha sukar rupanya mencari pekerjaan zaman sekarang. Lagi-lagi bila kursusku kurang menawarkan peluang pekerjaan untuk graduan segar. Semua memerlukan pengalaman, bila agaknya dia nak ambil graduan-graduan segar macam aku ni. Kalau nak pun, purata nilai gred kumulatif anda hendaklah tiga perpuluhan sifar dan keatas. Sedih pun ada, risau pun ada. Adakah pekerjaan untukku nanti? Sekarang aku tengah cari mana-mana lubang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan diriku. Adalah dipanggil satu dua temuduga, namun mungkin jawapan yang aku berikan tidak cukup meyakinkan si penemuduga itu untuk mengambil aku berkhidmat. Mungkin juga mereka sudah ada calon yang lebih sesuai dan aku cuma sebagai ikhtihar terakhir.

Buat masa ni aku cuba minta mana-mana kerja sambilan dahulu. Daripada tidur terlentang tonton televisyen dirumah, ada juga sumber rezeki yang aku boleh beri pada ibu-bapa. Tapi… Siapa yang tak mahu bekerja dalam bidang yang dipelajarinya (walaupun kadang-kadang tak faham lansung apa yang dipelajari). Hidup perlu diteruskan, walaupun kita tahu ianya sukar. Kesusahan mendewasakan kita, mengajar kita bukan senang nak senang. Bukan susah juga nak susah. Jadi ambil iktibar dari apa yang berlaku dan terus pacu dirimu kehadapan….

Thursday, August 26

Episod Memasak Bersama Cik Kiah

Assalamualaikum....

Bermula satu ceritera. Pertarungan paling hebat dalam dunia. Lebih hebat dari game Arsenal lawan Colombia. Lebih menarik dari pertarungan arnab dengan kura-kura. Bila cik caru dan aku bertarung di pentas dapur. Temanya: Spegeti....

Owh3!! Jangan ingat lelaki hanya tahu makan sahaja okeh! Walaupun pengalaman baru panjang sejengkal, kuali besar boleh kuduga. Menggunakan resepi terhebat zaman dahulu kala (carik kt internet je pun), aku pun mula la mencari ramuan rahsia di pasar yang setiap masa beraya berdekatan rumah aku. Jadi aku pun mengumpul la bahan-bahan rahsia seperti berikut:

1 tin pes tomato
1 tin cendawan butang
1 peket spegeti
1 peket daging kisar
1 biji tomato
1 botol sos tomato
Bawang, cili dan garam secukup rasa

Jadi kepada anak-anak dara yang baru belajar nak memasak boleh belajar dari aku ya. Termasuk juga anak yang tiada dara tapi masih tak reti menukar gas didapur ya. Perkara pertama ialah mencelur spegeti. Akak-akak kt kaca tv tu boleh lihat ya, kita cuma gunakan air panas ya, celur sehingga lembut dan toskan, letak minyak sikit untuk mengelakkan spegeti dari melekat. Nanti makcik-makcik yang tiada gigi susah nak makan pula.

Cara-cara membut kuah spegeti. Mula-mula panaskan minyak atas kuali. Pada yang baru belajar memasak kuantiti minyak tu dalam 3 sudu besar pun sudah mencukupi. Tumis bawang dan cili hingga naik bau dan warna. Yang nak pedas boleh guna cili api. Kemudian masukkan daging kisar sebanyak separuh peket, Agak-agak daging itu sudah cukup digoreng, masukkan pula pes tomato itu tadi sebanyak setengah tin. Agak-agak nampak pekat tu bolehlah tambah air. Lagi bagus kalau masuk air daging atau air tos spegeti tadi. Dah lama sikit baru la masukkan tomato yang dipotong halus dan cendawan butang yang dipotong empat. Kalau anda rasa tidak menarik, potonglah cendawan dan tomato tu sekreatif yang mungkin. Mana tahu ada yang berminat cendawan berbentuk cinta, jangan segan silu untuk mencuba ya. Jadi akhir sekali bolehlah letak garam sesedap rasa. Kalau nak nampak pekat dan perasa boleh tambah sos tomato juga sesedap jiwa. Agak-agak puas hati boleh tutupkan api. Tutup api disini bukan tutup pakai kain ya, pusing la tombol minyak kat dapur tu.

Jadi setelah menjemput jiran tetangga dan sahabat handai serta membuat hebahan di televisyen dan radio, spegeti tadi bolehlah dihidang untuk sesi makan dan kenyang. Boleh jugak kalo nak letak daun pudina sebagai penambah lawa. Sebelum terlupa hidangan tadi untuk empat orang ya.


Spegeti nukilan saya


Maka dengan semangat tidak mahu mengalah cik caru pun melaksanakan strategi terbaik tuk mengalahkan aku. Kawan-kawan yang merasa kata dia punya sedap. Rahsianya: kena tanya dia. Aku tahu dah. Hehehehe.....

Yang ni cik caru punya


Jadi kepada anda semua sila-silalah berani pegang sudip dan kuali untuk mencuba ya. Sekian rancangan memasak bersama Cik Kiah, jumpa lagi minggu hadapan!!








Saturday, August 21

Hari Ini Hari Sabtu....

Assalamualaikum....

Selamat hari sabtu!! Dengan mata yang belum celik, tangan macam biasa menggatal nak menaip. Bahagianya hari ini, bangun sahur seperti biasa mak kejut, selepas subuh tido balik, tapi boleh bangun pukul 10. Hohoyeah!!! kalo hari kuliah kena bangun awal, kalau kelas pukul 10 pukul 8 da kene bangun. Nasib baik bulan puasa boleh skip waktu makan so boleh bangun setengah jam lewat. hehehe....

Errmm... Apa mahu buat hari ini? Semalam bersama rakan-rakan PALAPES wat iftar di wisma wanita (bak kate kak kin). Macam biase kalo da
berkumpul, cerita kat televisyen pun boleh buat point bahan member. Kesian kat Hashim (bukan nama sebenar.... Hahaha.....). OK... Berbalik pada perancangan hari ini, apa perlu buat??

Setelah menghabiskan masa selama sejam dilaman SOOO SIAL.... Mengejut cik caru yang masih lagi enak diulit mimpi (bangun la sleepy head...:P), meneman bapa saya membeli ikan di kedai runcit (kedai runcit saya jual ikan ye), mendengar perbualan telefon ibu dengan anaknya yang tanya resepi pulut hitam (anak dua da kot...), saya mengambil keputusan untuk menaip kata-kata mengarut disini.

Hari ini perlu belajar!!! Ada test yang perlu dihadapi pada hari rabu. Petrologi Igneus II, kimberlite..... carbonitites...... ZzZzZ.... baru baca dua perkataan boleh membuatkan mata tertutup rasanya... Tidak... Tidak... Hari ni perlu menelaah juga nota-nota itu.. Membelek-belek laporan Geologi Kejuruteraan yang Dr Ng. beri penangguhan seminggu lagi, perlu ada perubahan, perlu ada penambahan... Huuu... tolong ibu nanti menyiapkan juadah berbuka, menikmati saat-saat indah sekeluarga. Malam nanti boleh bersolat terawih di Surau Bukit Tempurung. Nampaknya itu sahaja perancangan hari ini... Mari bermula......







Owh, Star World menayangkan GLEE... Errr.... perancangan hari ini?????