Wednesday, March 30

Kemana Hala Tuju Korang?

Assalamualaikum....

Entry kali ini aku tujukan khas kepada remaja-remaja yang baru sahaja meraikan kejayaan keputusan SPM baru-baru ni. Tak kisahlah kalau korang dapat 10A+ kah, 10G- kah, itu semua hasil 2 tahun korang belajar lepas PMR. Kalau korang ambil iktibar dari PMR dulu mungkin korang akan cemerlang, kalau tak itulah hasil korang selama dua tahun ni. Walaupun aku tau rasanya tak ada budak lepasan SPM yang akan baca entry aku ni tapi pada yang ada adik-adik yang sudah atau bakal mengambil SPM dan korang rasa entry aku ni ada betulnya, korang suruh la diorang baca. Ni cuma pendapat aku, kalau korang tak setuju pun aku tak boleh nak kata apa.


Pertama kalinya aku nak beritahu dulu kemana hala tuju korang lepas SPM. Ini semua bergantung juga kepada keputusan peperiksaan korang. Memandangkan kononnya budak-budak sekarang ini bijak-bijak belaka maka persaingan akan jadi tinggi. Maka disini aku ingin memberitahu hala tuju korang lepas SPM.


1. Matrikulasi/ Asasi/ PASUM dan seangkatan dengannya – Kolej Matrikulasi, IPTA/IPTS

Matrikulasi/ Asasi/ PASUM ni semua benda yang sama cuma tempat belajarnya berbeza. Kolej Matrikulasi ada pelbagai kat Malaysia ni (KMPh dihatiku). Asasi pula ada di UIA, Uitm dan IPTS terkenal macam UTP dan UniTEN manakala PASUM pula hanya di UM. Matrikulasi merupakan pilihan aku lepas SPM dulu (sebenarnya dah ini sahaja yang aku dapat bukan ada pilihan lain pun). Matrikulasi merupakan tiket ekspress untuk terus ke ijazah sarjana muda (aku panggil degree selepas ini) sebab korang hanya perlu habiskan setahun sahaja untuk matrikulasi berbanding jalan-jalan lain. Tapi untuk masuk matrikulasi, memandangkan macam aku cakap tadi bila budak-budak dah makin bijak maka persaingan dah makin tinggi. Tapi, kalau korang ambil keputusan untuk masuk matrikulasi maknanya korang agak berani mati la. Sebab risiko paling besar bila korang pilih matrikulasi, selagi korang tak habiskan ijazah sarjana muda korang, kelayakan korang sekadar SPM sahaja. Seorang kawan aku sekadar berkelulusan SPM kerana dia gagal pada tahun kedua degree dia. Sedangkan kami semua ramai dah bergraduasi (true story). Matrikulasi jugak ada kelas yang sangat padat sampai korang tak ada masa nak bersenang lenang. Antara risiko lain ialah kebarangkalian untuk dilelong kursus kalau keputusan matrikulasi korang tidak memberansangkan (korang akan diberikan kursus yang sangatlah tak popular dan tak menjamin kerjaya). Tapi matrikulasi ni pulak merupakan jalan paling besar ke bidang-bidang sains dan teknologi. Antara kursus yang korang boleh sambung kat universiti untuk degree nanti termasuklah perubatan, kejuruteraan, sains, senibina, guaman, ekonomi, akaun dan pelbagai lagi kursus yang bak kata orang sekarang stylo-mylo. Dengar cerita sekarang pula ada matrikulasi teknik khas untuk bidang-bidang kejuruteraan. Maka sesiapa yang cenderung kearah situ boleh la mula berkira-kira sekarang.


2. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) – Sekolah Menengah Tingkatan 6.

Tidak banyak yang aku ketahui pasal STPM selain tempoh pengajian selama 2 tahun dan terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran sains dan sastera. STPM merupakan pilhan kedua popular selepas matrikulasi dan bersaing hebat dengan diploma. Mereka kata aliran sains STPM susah tahap dewa manakala mereka lebih sanggup ulang aliran sastera STPM daripada ulang aliran sains SPM. Tetapi keuntungannya peluang melanjutkan pengajian untuk degree lebih mudah melalui STPM. Kalau matrikulasi memerlukan 3.00 keatas untuk mendapatkan kursus pilihan tapi untuk STPM adalah lebih rendah. Malangnya kebanyakkan lulusan STPM melayu yang aku jumpa datang dari aliran sastera dan aliran sains lebih dikuasai kaum cina. Bagi aliran sains semestinya mereka boleh sambung ke bidang sains dan teknologi manakala jikalau datang dari aliran sastera antara kursus yang ditawarkan di universiti adalah seperti sastera, pengajian islam, kebudayaan, sukan dan lain-lain. Tapi memandangkan negara dan dunia lebih tertumpu dalam bidang sains dan teknologi, maka peluang-peluang pekerjaan pun lebih tertumpu dalam bidang-bidang tersebut. Tapi sekurang-kurangnya anda ada Sijil STPM nanti dan sesungguhnya ianya lebih laku dari sijil SPM anda. Tapi ramai yang kurang berminat untuk mengambil STPM kerana masih terikat dengan persekitaran persekolahan tetapi kebanyakkan lulusan STPM ni lebih matang dari segi pemikiran berbanding lulusan matrikulasi dan diploma.


3. Diploma – IPTA/IPTS, Politeknik

Pilhan yang sama popular dengan STPM tetapi boleh dikatakan agak menarik berbanding STPM. Namun tempoh pengajian yang agak panjang (3 tahun) menyebabkan ramai berkira-kira untuk memilih diploma. Apa yang bagus suasana pembelajaran semasa diploma lebih perlahan dan kurang tekanan. Maka pelajar-pelajarnya lebih bersenang-lenang (bila korang dah masuk degree baru korang tau…) Selepas menghabiskan pengajian 3 tahun juga pemegang diploma boleh terus bekerja sebagai pembantu professional dan sesungguhnya nilai diploma lebih tinggi daripada sijil SPM atau STPM korang itu. Tetapi, bila dah memilih untuk mengambil diploma umpama dah memilih kerjaya kerana skop pembelajaran nanti dah lebih tertumpu kearah kursus diploma yang korang ambil. Tidak seperti matrikulasi atau STPM, dimana korang masih boleh memilih lagi bidang pengkhususan korang kat universiti bila melanjutkan pelajaran ke degree nanti. Tapi pilihan yang banyak dalam diploma menyebabkan ianya lebih menyeronokkan dan lebih mudah berbanding matrikulasi dan STPM. Ini kerana korang boleh memilih kursus mengikut kecenderungan korang maka korang akan lebih bersemangat untuk belajar.


4. Sijil Kemahiran – Kolej komuniti, IKBN, IKM dan seantero dengannya.

Ini boleh dikatakan pilihan terakhir untuk meneruskan pengajian selepas SPM dimana korang akan lebih diketengahkan dalam ilmu-ilmu kemahiran seperti menjahit, memasak, membaiki enjin, membuat hasil kayu dan sebagainya. Aku pun tak banyak pengetahuan tentang ini tapi kebanyakkan kursus mengambil masa selama 2-3 tahun. Kebanyakkan lulusan sijil kemahiran akan bekerja sendiri selepas itu atau mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian dalam diploma.


5. Meneruskan hidup seperti manusia biasa

Pada mereka yang berada pada tahap ni, korang fikirlah sendiri macam mana nak hidup. Korang dah 17 tahun kan..


Kalau nak ikutkan macam aku nak cakap, macam-macam pendapat aku nak luahkan. Tapi takut entry ni jadi panjang dan membosankan aku berhentilah dahulu. Bolehlah tanya pendapat orang lain pula sebab ni pendapat aku dan aku pun bukanlah pandai tahap ahli falsafah nak memberi pendapat yang bernas. Apa-apa pun tahniah kepada mereka yang baru sahaja mendapat keputusan SPM kerana korang dah berjaya lepasi antara salah satu peristiwa penting yang akan mencorakkan hidup korang. Kalau aku rajin aku akan tulis pasal memilih kursus universiti pula. Yang mana tahap pemikiran perlu lebih tinggi. Entry yang ni biarlah untuk budak-budak lepasan SPM baca dulu dan korang kene ingat tak semestinya yang masuk matrik itu pandai dan yang amik sijil 2 bengap. Masing-masing ada kecenderungan masing-masing dan kita tak seharusnya memandang rendah antara satu sama lain....

Saturday, March 19

Tukar Nama

Assalamualaikum....

Tiba-tiba aku tergerak nak tukar nama blog ni. Mungkin sebab nak beritahu yang satu lagi bab dalam hidup aku akan bermula? Aku tak tau la sampai bila aku nak pakai nama blog yang baru ni kan, tapi aku harap dengan tertukarnya nama blog ni, begitulah juga dengan semngat aku untuk terus menulis disini. Walau hanya tulisan yang tiada erti, sekurang-kurangnya aku ada coretan untuk dikenang kemudian hari. Kalau terdaya mungkin latar belakangnya pun aku nak tukar sekali. Nak pilih warna yang terang untuk masa depan yang lebih terang. Nak buang jauh-jauh perangai-perangai negatif yang dah banyak bersarang dalam diri ni. Bab baru, lembaran baru dalam hidup akan bermula. Peduli orang kata, asal pakai selesa. Jadi selamat tinggal buat 'Bila Tangan Menulis' dan selamat datang ' Salam Dari Laut'.










-Apa kata korang kasi cadangan nak letak warna apa untuk blog aku ni. Tukar la pulak dah lama pakai warna coklat ni. Sapa bagi cadangan terbaik aku belanja air kosong... Hahaha.....