Thursday, November 19

Bila Tangan Menaip....

Assalamualaikum w.b.t...

Lama rasanya tidak menulis disini.. Ya.. Cukup lama aku rasakan. Bukan tiada cerita,bukan tiada agenda, cuma tangan ini yang agak malas untuk menaip disini. Maklumlah, faham-faham sahaja bila sudah masuk tahun tiga pengajian, dengan projek paper yang perlu disiapkan, dengan PALAPES yang berbaki setahun, dengan projek yang perlu diuruskan, maaf andai lama sudah tiada post baru disini. Sebenarnya esok aku sudah mahu pulang kerumah. Bermakna berakhirnya lima semester pengajian di Universiti Malaya ini. InsyaALLAH... tinggal lagi 2 semester pengajianku disini. Apa yang kuharap cuma segulung Ijazah Sarjana Muda Geologi Gunaan dan peluang pekerjaan apabila keluar dari uni perdana ini.

Menyorot perjalanan hidupku selama aku tidak menulis disini, tiada yang menarik untuk diceritakan. Tiada aktiviti menarik yang aku sertai untuk aku kongsi bersama. Cuma menghabiskan masa sebagai seorang pelajar biasa. Cuma adalah sedikit aktiviti PALAPES seperti PANDURA yang agak menarik. Yang lain cuma cerita biasa sahaja.

baru-baru ini aku terfikir, kemanakah hala tujuku selepas ini. Pointerku tidaklah setinggi rakan-rakanku yang lain. bolehlah sekadar menunjukkan yang aku belajar disini. Benar, graduan geologi dari seluruh Malaysia mungkin hanya dalam 150 orang setahun, amat kecil jika dibandingkan dengan kursus-kursus lain. Tapi, dengan pointer yang rendah ini, adakah aku akan diterima bekerja? Berapa sangat peluang pekerjaan yang ada?

Aku akui, semester ini mungkin semester paling rajin aku disini. Mungkin kerana sudah kurang projek yang aku sertai, kurang subjek yang aku ambil, memberi peluang untuk aku lebih mentelaah. Satu yang aku harapkan dari sem ini, pointerku lebih 3.0. Entahlah, aku tidak berani untuk katakan aku berjaya, tapi segala doa telah aku panjatkan, segala usaha telah aku kerahkan. yang tinggal tawakkal kepada ALLAH s.w.t agar dipermudahkan segalanya....


InsyaALLAH.....







"It is ALLAH who has made the earth as resting place, and the sky as a canopy, and has given you shape, and made your shape beautiful, and has provided for you sustenance, of things pure and good. Such is ALLAH your lord. So glory to ALLAH, the lord of the worlds".


-Suratul Ghafir: 64