Monday, January 17

7 keajaiban geologi di dunia

Assalamualaikum....

Beberapa keajaiban geologi didunia yang aku ingin kongsi bersama. Hebatnya ciptaan tuhan keatas dunia ini....

1. Reed Flute Cave, Guilin, China





Gua batu kapur bawah tanah megah dan indah yang bernama Reed Flute Cave atau sekarang yang lebih dikenali dgn nama Palace of Natural Art ini terletak di kota Guilin, China dengan kedalaman sekitar 750 kaki (240 meter). Gua ini ditemui kira-kira 1000 tahun yang lampau pada zaman Dinasti Tang. Batuan-batuan disini telah dihiasi dengan sistem pengcahayaan pada tahun 1962 untuk menarik perhatian pengunjung. Bahagian terbesar dari sistem gua ini adalah Crystal Palace of the Dragon King, yang dapat menampung kapasiti seramai 1000 orang, Gua ini pernah digunakan sebagai tempat perlindungan dari serangan udara pada Perang Dunia II.


2. The Devil’s Marbles, Northern Territory, Australia




The Devils Marbles adalah kumpulan besar dan bulat, batu-batu berwarna merah yang ditemui di kawasan-kawasan Tennant Creek, utara Australia . Batu ini mendapat gelaran 'Karlu Karlu' dari orang Aborigin dan merupakan salah satu tempat suci bagi mereka.Batu ini berusia kira-kira 1.7 million tahun dengan granit di sekelilingnya telah terluluhawa akibat perubahan cuaca ekstrim selama berjuta-juta tahun.

3. Salar de Uyuni, Bolivia, Amerika Selatan


Salar de Uyuni merupakan dataran garam kering yang terletak kira-kira 10,000 kaki diatas paras laut di Pegunungan Andes, Bolivia. Dianggarkan terdapat sekitar 10 million ton garam dikawasan ini. Kawasan ini juga menempatkan deposit bagi mineral litium yang terbesar didunia. Salar bermaksud dataran garam dalam bahasa Sepanyol dan Uyuni bermaksud penutupan dalam bahasa Aymara.

4. Landscape Arch, Utah, Amerika Utara




Dikawasan perlindungan Taman Nasional Arches terdapat lengkungan batuan pasir dengan ketinggian 290 kaki (sekitar 88 meter) melewati padang pasir kering Utah.Fenomena ini terhasil daripada proses hakisan sejak ribuan tahun dahulu daripada air dan angin.

5. Eye of the Sahara, Mauritania, Afrika




Dengan bentuk seperti mata yang sangat mengerikan, Eye of Sahara ini pertama kali dilihat saat manusia telah mampu menjelajah ruang angkasa dan menyaksikan keajaiban dunia ini. Eye of Sahara memiliki luas sekitar 30 batu. Struktur geologi ini juga menjadi tanda arah kepada angkasawan diangkasa lepas. Pada mulanya ahli geologi mengadaikan ia terhasil akibat hentaman metor, tapi kemudian terdapat pendapat yang mengatakan ia terhasil akibat canggaan dan angkatan batuan yang telah mengalami hakisan.

6. The Gateway To Hell, Námaskarð, Iceland



Terletak di Iceland, Iceland merupakan salah satu negara yang memiliki gunung yang paling aktif di dunia, sangat berlainan dengan nama negaranya Iceland. Antara fenomena geologi yang paling dasyat, adalah apabila gunung Laki meletus pada tahun 1783, mengakibatkan kematian satu per empat populasi penduduk Iceland pada waktu itu.

7. Ice Towers of Mount Erebus, Antartika



Dikawasan ini, terdapat ratusan menara ais di Gunung Erebus. Hanya di gunung aktif inilah lava panas bertemu dengan ais yan sejuk, menghasilkan sesuatu yang unik. Menara-menara ini memiliki ketinggian sekitar 60 kaki (20 meter). Struktur menara ais ini kebanyakkannya hanya ditemukan di planet Marikh dan di bulan-bulan planet Jupiter, Zuhal dan Neptun.
















Kenapalah ciptaan-ciptaan tuhan yang maha agung ni diberi nama yang yang menakutkan? Letak la nama yang indah sikit.... Walau apapun... Semua ni menunjukkan betapa hebat kuasa-Nya yang telah menciptakan alam ini. Sebagai hamba yang lemah, aku mengkagumi keesaan yang maha pencipta dan bersyukur kerana masih boleh melihat dan belajar di dunia ni..






Saturday, January 15

Kerja oh kerja....


Assalamualaikum....

Sekarang dengan tak rasminya aku bergelar graduan Universiti Mahal Malaya. Walaupun ada masalah pengraduasian (bila nak selesai entah), aku dengan rasminya tidak lagi menghadiri kelas-kelas dekat universiti. Melangkah ke alam pekerjaan, matlamat utama adalah dengan mencari pekerjaan yang sesuai dengan keputusan yang aku ada. Selama dua minggu asyik berperang dengan diri samada nak teruskan pengajian atau berhenti, aku pilih aku mahu digraduasikan.



Maha sukar rupanya mencari pekerjaan zaman sekarang. Lagi-lagi bila kursusku kurang menawarkan peluang pekerjaan untuk graduan segar. Semua memerlukan pengalaman, bila agaknya dia nak ambil graduan-graduan segar macam aku ni. Kalau nak pun, purata nilai gred kumulatif anda hendaklah tiga perpuluhan sifar dan keatas. Sedih pun ada, risau pun ada. Adakah pekerjaan untukku nanti? Sekarang aku tengah cari mana-mana lubang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan diriku. Adalah dipanggil satu dua temuduga, namun mungkin jawapan yang aku berikan tidak cukup meyakinkan si penemuduga itu untuk mengambil aku berkhidmat. Mungkin juga mereka sudah ada calon yang lebih sesuai dan aku cuma sebagai ikhtihar terakhir.

Buat masa ni aku cuba minta mana-mana kerja sambilan dahulu. Daripada tidur terlentang tonton televisyen dirumah, ada juga sumber rezeki yang aku boleh beri pada ibu-bapa. Tapi… Siapa yang tak mahu bekerja dalam bidang yang dipelajarinya (walaupun kadang-kadang tak faham lansung apa yang dipelajari). Hidup perlu diteruskan, walaupun kita tahu ianya sukar. Kesusahan mendewasakan kita, mengajar kita bukan senang nak senang. Bukan susah juga nak susah. Jadi ambil iktibar dari apa yang berlaku dan terus pacu dirimu kehadapan….