Sunday, February 20

Edisi Khas MIS-BOSET


Assalamualaikum…….

Seperti yang dijanjikan, ini adalah laporan edisi khas MIS-BOSET yang aku telah hadiri selama 3 hari di Sg. Ara, Damansara. Apa itu MIS-BOSET? Kalau diterjemah ke bahasa melayu, ia bermaksud Standard Minima Industri – Latihan Asas Keselamatan dan Kecemasan Luar Pesisir Pantai atau ‘Minimum Industrial Standard – Basic Offshore Safety and Emergency Training’ kalau ada sesiapa yang tak memahami maksud bahasa melayunya (orang kita sekarang ni kadang-kadang lagi faham bahasa ingeris dari bahasa melayu).

Kursus selama 3 hari ni wajib dihadiri kepada semua manusia yang akan meninggalkan persisir pantai Malaysia ni (maksudnya tinggal dilaut, bukan naik kapal terbang ya). Secara spesifik lagi, kehidupan di pelantar minyak. Kursus ni akan memberi pendedahan tentang keselamatan, apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan, kebakaran dan lain-lain la. Akanku terangkan satu persatu selepas ini.

Hari pertama

Hari pertama kami didedahkan tentang kehidupan di pelantar, aspek-aspek keselamatan yang perlu diketahui dan peraturan di pelantar. Kami diperkenalkan dengan alat-alat keselamatan dan pakaian yang dibenarkan yang dikenali sebagai ‘Coveralls’ (inilah pentingnya English Education…). Petangnya pula kami didedahkan tentang api dan cara-cara memadamkan api mengikut jenis-jenis api tertentu. Sesi praktikal pada petang itu pula melibatkan rumah asap, dimana kami akan memasuki satu kawasan gelap yang dipenuhi asap dan perlu mencari jalan keluar sendiri, samada menggunakan topeng ataupun tidak. Bagi mereka yang mengalami fobia terhadap kegelapan dan tidak boleh bertenang, keadaan mungkin menjadi sukar kerana kita perlu meraba (dengan tujuan baik) untuk mencari jalan keluar.

Latihan kebakaran


Hari kedua

Hari kedua pula kami didedahkan tentang kenderaan ke pelantar, samada menggunakan helikopter ataupun bot. Aspek-Aspek keselamatan dan peraturan dalam kenderaan dan langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan. Sesi praktikal pada petangnya boleh dikatakan paling mencabar dalam kursus. Ia dikenali sebagai ‘HUET’ atau Latihan Melepaskan Diri Dalam Air Helikopter atau ‘Helicopter Underwater Escape Training’ dalam bahasa inggerisnya. Kami akan memakai ‘coveralls’ dan akan diletakkan dalam simulasi helicopter siap dengan bertali pinggang keledar. Kemudian kami akan ditenggelamkan dan kami harus keluar dari helicopter itu dengan selamat. Kami dibekalkan dengan alat bantuan kecemasan yang dikenali sebagai ‘EBS’ (Emergency Breathing System) dimana kami akan bernafas menggunakan udara sendiri yang dihembus keluar. Sesi ini dijalankan dengan 4 peringkat. Peringkat pertama: helikopter tegak tanpa tingkap. Peringkat kedua: helipkopter tegak bertingkap. Peringkat ketiga: helikopter terbalik bertingkap dan peringkat 4: helikopter terbalik tanpa tingkat. Jangan ditanya berapa benyak air yang masuk melalui hidung, kalau silap pakai ‘EBS’ anda juga terpaksa bernafas menggunakan beg yang dimasuki air. Apa yang penting adalah ketenangan diri dan kewarasan fikiran untuk melepaskan diri.


Simulasi helikopter yang digunakan


Hari ketiga

Hari ketiga merupakan hari terakhir kursus dimana kami didedahkan dengan teknik bantuan pernafasan kecemasan atau ‘CPR’ (Cardiopulmonary Resuscitation). Tidak banyak yang boleh dicerita kerana rasanya ramai yang tau pasal pernafasan mulut ke mulut itu kan? Kurang seronok sebab model kami itu patung dan bukan model terkenal.. Hehehe….. Petangnya pula kami didedahkan tentang ‘Sea Survival’. Bagaimana mahu meneruskan kehidupan sekiranya terdampar ditengah lautan. Kami diajar tentang posisi untuk mendapatkan bantuan, rakit kecemasan, perpindahan dari bot ke bot dan bot ke pelantar menggunakan tali atau bakul pemindah, bantuan dari helicopter dan langkah melepaskan diri dari pelantar sekiranya berlaku kecemasan. Akhir sekali kami ada sesi bergambar dan penyerahan sijil dimana sijil ini hanya diperakui selama 4 tahun. Maknanya selepas 4 tahun, latihan ini perlu dilakukan semula untuk mengigat dan menyegarakan kembali otak yang mudah lupa itu.


Rakit Keselamatan


Bakul pemindahan


Maka berakhirlah latihan selama 3 hari disana. Pelbagai ragam ditemui, pelabagai ilmu dikecapi. Apa yang paling penting, tiket kepelantar semakin dalam genggaman.. Alhamdulillah……

Sijil yang diberi kepada peserta

-Maaflah gambar ini semua diambil dari internet, kami tidak dibenarkan bergambar semasa latihan.

Sunday, February 13

Edisi khas MIS-BOSET...

Assalamualaikum...

Nantikan keluaran khas MIS-BOSET tak lama lagi. Kalau tak tahu apa itu BOSET boleh men'google' sebentar lagi ya... Tunggu........